Soalan Lazim (FAQ) - Wakaf / Waqaf Tunai
Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Unit Waqaf di talian 09-7481 512.
MAIK sedaya upaya akan membuat lawat siasat terhadap aduan kerosakan bangunan MAIK dalam tempoh 2 minggu.
Cara mewakafkan hartanah ialah dengan menulis surat rasmi permohonan kepada pihak MAIK bersama-saa dokumen berikut :
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Resit Hasil Tanah terkini
- Salinan Geran Tanah
- Surat Cara Wakaf
Boleh. Jemaah Ulama mengharuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai. Pihak MAIK menerima pewakafan wang tunai dan akan menukarkannya dalam bentuk harta kekal (bangunan/hartanah). Sumbangan Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui kaedah berikut :-
- Kaunter Wakaf di MAIK
- Sumbangan menerusi Portal MAIK e-waqaftunai di www.e-maik.my atau waqaf.e-maik.my
- Bank Islam : 03-018-01-016270-3 *sila hantar salinan slip bank ke pejabat MAIK beserta borang sumbangan waqaf tunai
- Cek diatas nama : Majlis Agama Islam Kelantan *sila lampirkan borang sumbangan waqaf tunai
Status pewakafan atau pengesahan tanah wakaf boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi perkara berkaitan dengan melampirkan doumen berikut :
- Salinan Kad Pengenalan Pewakaf
- Salinan Geran
- Pelan Akui daripada JUPEM
- Salinan Borang 12A/12B
- Apa-apa dokumen berkaitan tanah daripada Pejabat Tanah Jajahan berkaitan.
Terdapat 4 kategori iaitu :-
- Wakaf Am / Keagamaan
- Wakaf Kesihatan
- Wakaf Pendidikan
- Saham Wakaf / Pembangunan Projek
Tuan / Puan boleh mendapatkan penyata melalui pautan berikut: https://epembayar.e-maik.my/
Ya, Tuan / Puan layak mendapat pengecualian cukai untuk sumbangan Waqaf Tunai mengikut Seksyen 44 (11D) Akta Cukai Pendapatan
Tuan / Puan boleh melengkapkan borang sebagaimana pautan berikut: https://www.e-maik.my/v2/index.php/muat-turun-awam/borang-permohonan-mewakafkan-tanah-dan-surat-cara-wakaf/viewdocument/349 dan hantar kepada MAIK bersama-sama dokumen di muka surat 1 (individu) atau 2 (syarikat)
Tuan / Puan boleh melengkapkan borang potongan gaji sebagaimana pautan : https://www.e-maik.my/v2/index.php/muat-turun-awam/borang-potongan-gaji-waqaf/viewdocument/768 dan menghantarkan satu salinan dokumen kepada majikan dan satu salinan kepada MAIK
Tuan / Puan boleh membuat sumbangan direct debit melalui pautan berikut: https://waqaf.e-maik.my/emandate/dd/loginpage/ manual penggunaan e-mandate sebagaimana berikut: https://www.e-maik.my/v2/index.php/muat-turun-awam/risalah-manual-pengguna-emandate/viewdocument/1058