SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Soalan Lazim (FAQ) - Adat Istiadat

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Unit Adat Istiadat di unitadat [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-771 5770
1) Apakah justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan?

Adalah termaktub dalam titah ucapan Almarhum DYMM Sultan Muhamad IV sempena perisytiharan Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334 yang memberi penekanan khusus Baginda
“Kita hendak dengan perkataan “Istiadat” Melayu itu ialah yang melengkapi atas yang adat dan adab Melayu yang elok yang sayogia dipelihara akan dia mengikut bagaimana peradaban masa”.

Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen No. 4 Tahun 1994) menerusi Bahagian II Seksyen 5 (1):
“Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan", bagi membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan hendaklah bertindak di atas titah perintah Baginda di dalam semua perkara yang berkenaan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis hendaklah menjadi pihak berkuasa yang utama di Negeri ini dalam semua perkara mengenainya.”
Sejajar dengan perisytiharan dan Enakmen MAIK No. 4 Tahun 1994 maka justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat adalah seperti berikut:

1) Melengkapi tujuan/ tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
2) Bertanggungjawab menyelidik dan mengumpul bahan-bahan yang berunsur adat dan istiadat Melayu bagi rujukan pada masa akan datang.
3) Menjadi Badan Penasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dalam Hal Ehwal Adat dan Istiadat Melayu Negeri Kelantan pada masa hadapan.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini: 13
Kelmarin: 29
Minggu Ini: 126
Bulan Ini: 458
Jumlah Pengunjung: 2,712