Soalan Lazim (FAQ) - Dakwah
Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Unit Dakwah di dakwah [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-748 1512.
Unit Dakwah Bahagian Agama MAIK yang bertanggungjawab dalam mengurus permohonan Tauliah Mengajar Agama MAIK
Mereka yang berminat untuk mendapatkan Tauliah Mengajar Agama MAIK perlu mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Tauliah Mengajar Agama MAIK dan dokumen lampirannya, kemudian menghantar borang tersebut ke kaunter di Tingkat 2, Bahagian Agama MAIK. Borang boleh didapati di kaunter atau melalui pautan berikut: https://www.e-maik.my/v2/muat-turun-awam/borang-borang-umum/tauliah-mengajar
Mana-mana individu sama ada warganegara atau bukan warganegara yang ingin menyampaikan pengajaran agama Islam di negeri Kelantan perlu memohon untuk mendapatkan tauliah tersebut. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau lain-lain kelulusan yang setara dengannya. Pemohon yang mendapat pendidikan tidak formal dari mana-mana institusi agama seperti madrasah atau pondok pengajian juga boleh memohon dengan syarat mendapat pendidikan di institusi tersebut tidak kurang daripada tujuh (7) tahun.
Tempoh sah laku adalah 3 tahun
- Gambar berukuran passport
- Salinan kad pengenalan/passport yang telah disahkan
- Salinan sijil pengajian tertinggi yang telah disahkan
- Pemohon melengkapkan borang dan lampiran kemudian menghantar ke kaunter di Tingkat 2, Bahagian Agama MAIK.
- Borang dan dokumen permohonan akan disemak:
- Sekiranya borang yang dihantar lengkap, pemohon akan dimasukkan dalam senarai menunggu untuk panggilan temuduga
- Sekiranya borang yang dihantar tidak lengkap, pemohon akan dihubungi semula oleh pihak urus setia. (Peringatan: Sila pastikan nombor telefon bimbit [HP] ditulis di dalam borang untuk memudahkan sebarang makluman).
- Surat panggilan temuduga akan dikeluarkan kepada senarai pemohon yang menunggu mengikut giliran.
- Surat keputusan akan dikeluarkan kepada calon yang hadir temuduga.
- Pemohon yang lulus temuduga boleh mendapatkan sijil dan kad tauliah di kaunter Tingkat 2, Bahagian Agama MAIK
Pemohon boleh memilih kategori sama ada Tauliah Peringkat Halaqah/Fardhu Ain (mengajar agama di seluruh negeri Kelantan) atau Peringkat Sekolah (mengajar agama di sekolah swasta/negeri yang berdaftar sahaja) sebagaimana berikut;
- Halaqah/Fardhu Ain - Pemohon hendaklah mengisi di ruangan A di dalam Borang Permohonan Tauliah Mengajar Agama MAIK
- Sekolah - Pemohon hendaklah mengisi di ruangan B di dalam Borang Permohonan Tauliah Mengajar Agama MAIK
Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan tauliah
Pihak tuan perlu memohon Kebenaran Khas bagi pihak penceramah tersebut di Unit Dakwah MAIK.
Semua pemegang tauliah hendaklah mematuhi syarat-syarat dan peraturan sebagaimana berikut:
- Pemegang tauliah hendaklah mengelakkan diri daripada memberi penerangan atau pengajaran agama yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai atau memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam atau berlawanan dengan fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atau pegangan ahli sunnah waljamaah.
- Hendaklah sentiasa berpegang kepada akhlak Islam serta berkeperibadian luhur dan terpuji dalam semua keadaan.
- Tidak menggunakan kuasa yang dikurniakan ini bagi tujuan-tujuan yang berlawanan dengan prinsip yang murni bagi maksud meninggikan syariah Islam dan hanya sah untuk maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam tauliah sahaja.
- MAIK atau mana-mana orang atau pihak yang diberi kuasa oleh MAIK berkuasa menarik balik tauliah ini atau mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya berhubung dengan tauliah ini menurut enakmen MAIK atau peraturan yang dibuat di bawahnya, jika ada sebab-sebab yang munasabah.
- Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MAIK dari semasa ke semasa.
Aduan terhadap pemegang tauliah akan disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan ke atasnya diambil.
Pemegang tauliah perlu melengkapkan Borang Permohonan Perbaharui Tauliah Mengajar Agama MAIK enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh tauliah.
Peraturan sedia ada menetapkan sesiapa yang telah tamat tempoh tauliahnya tidak boleh meneruskan pengajaran. Pengajaran hanya boleh diteruskan setelah tauliahnya sah diperbaharui semula.