Soalan Lazim (FAQ) - Pengambilan Cek
Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Unit Kewangan di kewangan [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09 - 7481512.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tertakluk kepada Pekeliling Pentadbiran MAIK Bilangan 1 Tahun 2011 bertarikh 27 Januari 2011, pengambilan cek-cek di MAIK perlulah dipatuhi sebagaimana berikut :
Pengambilan Cek oleh Penerima :
Penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK
Penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek
Pengambilan Cek Oleh Pembekal / Wakil Syarikat Pembekal
Pembekal / kakitangan syarikat yang hadir bagi mengambil cek syarikat perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek dan dicop dengan 'rubber stamp' syarikat serta mencatatkan nama dan no kad pengenalan masing-masing.