Soalan Lazim (FAQ) - Baitulmal
Baca Lagi
- Meninggalkan puasa kerana tua
- Meninggalkan puasa kerana sakit kronik
- Meninggalkan puasa kerana mengandung dan menyusukan anak
- Melewatkan qada puasa
Buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan puasa mengikut sangkaan (kecenderungan) yang paling kuat dan ihtiyat (lebih berhati-hati).
Contoh : Seseorang tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tetapi dia hampir pasti tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang lebih diyakininya dan lebih berhati-hati.
Begitulah juga halnya dengan kiraan bilangan tahun yang telah dilangkau, jumlah tahun adalah berdasarkan bilangan yang lebih diyakini.
Pertama sekali, kira semasa arwah mula sakit berat dan tidak mampu berpuasa penuh. Kiraan untuk orang uzur adalah tidak berganda.
Contoh:
Bilangan Hari X Bilangan Tahun Sakit X RM 1.75 (kadar fidyah)
MAIK sudah menyediakan beberapa kemudahan untuk anda membuat kiraan dan bayaran fidyah;
- Boleh datang ke Kaunter di Ibu Pejabat MAIK, Kota Bharu.
- Boleh bayar secara online (Sistem e-Fidyah) di Portal MAIK, aplikasi MyMAIK Apps atau aplikasi MyPay.
- Boleh buat pindahan wang ke Akaun Baitulmal MAIK (BIMB : 03018010165559) dan emelkan maklumat pembayaran kepada Unit Baitulmal: baitulmal@e-maik.my
Antara sumber-sumber Baitulmal :
- Sumbangan Kerajaan
- Pemberian (Hibah)
- Derma / faedah bank
- Harta Luqatah (barang yang ditemui)
- Harta pusaka yang ditentukan faraidh terhak kepada Baitulmal
- Wang / harta tidak patuh syariah