faq   lokasi   aduan   peta  

 



Data Terbuka

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:

Data Terbuka Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini: 20
Kelmarin: 23
Minggu Ini: 62
Bulan Ini: 160
Jumlah Pengunjung: 11,362,964
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Hubungi Kami | Soalan Lazim | Data Terbuka

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2021- MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN.
PENAFIAN:
MAIK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 dan ke atas

  • Tarikh Kemaskini : Selasa 16 April 2024, 00:50:53.

WEB MOBILE

Image
A- A A+