SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Soalan Lazim (FAQ) - Tajaan Pendidikan

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Unit Tajaan Pendidikan di unit_pendidikan[at]e-maik[dot] my atau talian 09-742 1519
PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MAIK (PPM)

Soalan 1 : Apakah bantuan zakat Pendidikan [Program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM)] yang disediakan oleh MAIK?
Jawapan : 

  • Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK

  • Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK

  • Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK

  • Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK

  • Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK

  • Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK

***Pautan permohonan : https://eagihan.e-maik.my

Soalan 2 : Apakah beza antara dermasiswa dan biasiswa?
Jawapan :
Dermasiswa merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan setiap tahun dan kelulusan adalah sekali setahun sahaja berdasarkan tempoh pengajian.
Manakala, Biasiswa merupakan program berbentuk tajaan berdasarkan tempoh pengajian dan mengikut syarat-syarat program penajaan Pendidikan MAIK.

Soalan 3 : Bilakah permohonan bantuan dibuka?
Jawapan : Iklan permohonan program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM) akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK.
*Tertakluk kepada kelulusan dan hebahan dari semasa ke semasa.

Soalan 4: Berapa lama tempoh masa proses permohonan boleh diluluskan?
Jawapan :
Proses permohonan akan diproses dalam masa satu (1) hingga (3) bulan dari tarikh permohonan dibuat (PERMOHONAN DIHANTAR).
Proses permohonan juga adalah bergantung kepada giliran tarikh permohonan telah dihantar, jumlah permohonan dan peruntukan wang zakat dari semasa ke semasa.

Soalan 5 : Bagaimana saya boleh mendapatkan manual penggunaan sistem eAgihan MAIK?
Jawapan :
Maklumat manual penggunaan sistem eAgihan MAIK boleh dirujuk dan dimuatturun melalui laman sesawang:

https://eagihan.e-maik.my/Muatturun

Soalan 6: Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat penuh program Penajaan Pendididkan MAIK (PPM)?
Jawapan :
Maklumat penuh program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM) boleh dirujuk melalui laman sesawang:

https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan


HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini: 13
Kelmarin: 29
Minggu Ini: 126
Bulan Ini: 458
Jumlah Pengunjung: 2,712