SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Soalan Lazim (FAQ) - Pembangunan Sosio Ekonomi

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Unit Pembangunan Sosio Ekonomi di talian 09-748 1512.
BANTUAN PEMBANGUNAN ASNAF

Soalan 1: Apakah itu Bantuan Pembangunan Asnaf?
Jawapan : Bantuan Pembangunan Asnaf merupakan bantuan perniagaan yang diberikan kepada usahawan asnaf yang mempunyai asas perniagaan atau mereka yang telah mempunyai perniagaan sendiri.

Soalan 2 : Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Pembangunan Asnaf?
Jawapan : Permohonan boleh dibuat secara online di https://eagihan.e-maik.my/Default ATAU pemohon boleh memohon di kaunter agihan di pejabat MAIK dan juga 20 buah masjid bandar dan jajahan seluruh negeri Kelantan.

Soalan 3 : Bila permohonan ini dibuka?
Jawapan : Permohonan Bantuan Pembangunan Asnaf boleh dimohon pada bulan Januari hingga November setiap tahun.

Soalan 4: Siapakah yang layak untuk memohon bantuan ini?
Jawapan : Mereka yang layak memohon adalah seorang yang beragama Islam daripada golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf. Selain itu, mereka merupakan peranakan Kelantan yang bermastautin di negeri Kelantan.

Soalan 5 : Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini?
Jawapan : Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan pasangan (suami atau isteri). Jika bercerai sertakan salinan surat cerai DAN jika mati sertakan sijil kematian.
  • Salinan Kad Pengenalan ATAU surat beranak anak-anak dan tanggungan.
  • Salinan akaun bank semasa.
  • Salinan akaun Tabung Haji (jika ada).
  • Lesen perniagaan (jika ada)
  • Borang pengesahan pemohon

Soalan 6: Berapa lama proses permohonan dibuat?
Jawapan : Proses permohonan akan diproses dalam masa sebulan dari tarikh permohonan dibuat.

Soalan 7: Apakah jenis perniagaan untuk mendapatkan bantuan ini?
Jawapan : Semua jenis perniagaan layak yang mematuhi syarak untuk memohon KECUALI mereka yang berniaga secara online atas talian / dropship yang mana tidak menyimpan stok.

Soalan 8 : Berapakah kadar bantuan yang diberi?
Jawapan : Jumlah maksimum bagi bantuan ini adalah sebanyak RM 5,000.00.

Soalan 9: Alamat manakah yang perlu di isi untuk bantuan ini?
Jawapan : Bagi Bantuan Pembangunan Asnaf, pemohon boleh mengisi alamat rumah atau alamat tempat perniagaan.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini: 13
Kelmarin: 29
Minggu Ini: 126
Bulan Ini: 458
Jumlah Pengunjung: 2,712