faq   lokasi   aduan   peta  

 



MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

MASJID BANDAR : MASJID TG. MUHAMMAD FARIS PETRA

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Tengku Muhammad Faris Petra merupakan Masjid Jajahan Kuala Krai. Pada asalnya masjid ini adalah Masjid Bandar Kuala Krai dengan bangunan lama yang telah didirikan sejak awal tahun 1938 lagi. Bangunan lama ini hanya mampu menampung kira-kira 300 orang ahli jemaah sahaja. Kini, selepas beberapa pembaikian dan baik pulih, masjid ini boleh menampung 2500 orang ahli jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini diasaskan oleh Tuan Guru Haji Mokhtar. Arkiteknya pada masa itu ialah Che Abd Latif Bin Che Awang Endut bersama-sama tukang-tukang kecil.

Sumber atau dana untuk mendirikan masjid ini datang dari sumbangan dan derma orang ramai, termasuk dari wilayah Patani, Selatan Thailand. Tapak asal masjid ini adalah di tapak Zoo lama Kuala Krai, namun oleh sebab kerap kali dilanda banjir, maka masjid ini kemudian dipindahkan ke tapak masjid yang dapat dilihat pada hari ini.

Kini Masjid Tengku Muhammad Faris Petra merupakan Masjid Jajahan Kuala Krai dan merupakan pusat pentadbiran Agama Islam bagi Jajahan Kuala Krai di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Masjid ini terdiri dari 12 orang kakitangan dengan 6 daripadanya dilantik oleh MAIK manakala enam yang lain merupakan kakitangan sokongan yang dilantik oleh pengurusan masjid.

  • MASJID JAJAHAN : MASJID BANDAR TG. MUHAMMAD FARIS PETRA
    Kuala Krai,
    18000 Kuala Krai,
    Kelantan

  • Telefon : +609 960 7239

  • Emel : mbkj_tgfarispetra[at]e-maik[dot]my

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini: 27
Kelmarin: 23
Minggu Ini: 27
Bulan Ini: 366
Jumlah Pengunjung: 11,363,170
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Hubungi Kami | Soalan Lazim | Data Terbuka

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2021- MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN.
PENAFIAN:
MAIK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 dan ke atas

  • Tarikh Kemaskini : Khamis 16 Mei 2024, 04:23:37.

WEB MOBILE

Image