faq   lokasi   aduan   peta  

 



BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING : BICARA SANTAI UNIT PENDIDIKAN MAIK BERSAMA PELAJAR SEMESTER AKHIR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN (MTQ) MAIK

PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING : BICARA SANTAI UNIT PENDIDIKAN MAIK BERSAMA PELAJAR SEMESTER AKHIR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN (MTQ) MAIK

Unit Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Alumni dengan kerjasama Unit Kaunseling Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ) telah  menganjurkan Program Selangkah Ke Menara Gading: Bicara Santai Unit Pendidikan MAIK bersama pelajar semester akhir MTQ MAIK Tahun 2024.

Program yang diadakan di Makmal Komputer MTQ MAIK pada 7 Mac 2024 lalu itu telah dikendalikan oleh Yang Berusaha Cik Nur Hanis Binti Alias, Pegawai Tadbir Pendidikan MAIK.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman kepada para pelajar berkaitan peluang-peluang biasiswa / dermasiswa yang boleh dimohon daripada MAIK disamping membantu para pelajar dalam membuat permohonan secara atas talian berkaitan biasiswa dan dermasiswa melalui praktikal atau hands on bersama Unit Pendidikan MAIK.

Antara pengisian adalah sesi taklimat dan sesi praktikal berkaitan pengisian program dan dokumen secara atas talian berkaitan permohonan biasiswa dan dermasiswa disamping membantu para pelajar meneroka peluang-peluang yang bakal diperoleh selepas tamat pengajian diploma.

Diharapkan para pelajar semester akhir dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan ini sebaiknya bagi memudahkan urusan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

#MAIK2024

#MTQMAIK

flickr

www.flickr.com

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini: 18
Kelmarin: 26
Minggu Ini: 214
Bulan Ini: 334
Jumlah Pengunjung: 11,363,138
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Hubungi Kami | Soalan Lazim | Data Terbuka

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2021- MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN.
PENAFIAN:
MAIK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 dan ke atas

  • Tarikh Kemaskini : Khamis 16 Mei 2024, 04:23:37.

WEB MOBILE

Image