faq   lokasi   aduan   peta  

 



BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL PECUTAN MINDA PEPERIKSAAN AKHIR (BAHASA ARAB) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN (MTQ) MAIK

BENGKEL PECUTAN MINDA PEPERIKSAAN AKHIR (BAHASA ARAB) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN (MTQ) MAIK

Seksyen Hal Ehwal Akademik telah menganjurkan Bengkel Pecutan Minda Peperiksaan Akhir bagi subjek Bahasa Arab kepada semua pelajar Semester 4 dan 6, Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Dewan Huffaz, MTQ MAIK.

Bengkel ini dikendalikan oleh Ustazah Siti Ilham Binti Saleh yang merupakan Pensyarah Kanan Bahasa Arab di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) secara maya menggunakan aplikasi ‘Google Meet’ pada 7 Mac 2024 lalu.

Bengkel ini adalah sebagai persediaan kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir semester yang akan bermula 25 Mac nanti.

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan teknik yang betul dan berkesan semasa menjawab soalan peperiksaan akhir subjek Bahasa Arab.

Antara pengisian bengkel adalah pendedahan dan tips untuk menjawab soalan bahagian Pemahaman, Terjemahan, Cara Ejaan, dan Penulisan.

Pelajar diterangkan dengan struktur soalan dan pemarkahan sebenar bagi memberi bayangan pada soalan yang akan datang. Di samping itu, pelajar juga berpeluang melontarkan sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan subjek Bahasa Arab.

Dengan berlangsungnya bengkel seperti ini, diharapkan para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dengan sebaik mungkin apabila mereka menduduki peperiksaan akhir nanti. Didoakan juga berbekalkan pendedahan ini, mereka dapat memperoleh keputusan cemerlang sekaligus membantu mereka mengekalkan purata nilai gred yang baik.

#MAIK2024

#MTQMAIK

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini: 18
Kelmarin: 26
Minggu Ini: 214
Bulan Ini: 334
Jumlah Pengunjung: 11,363,138
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Hubungi Kami | Soalan Lazim | Data Terbuka

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2021- MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN.
PENAFIAN:
MAIK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 dan ke atas

  • Tarikh Kemaskini : Khamis 16 Mei 2024, 04:23:37.

WEB MOBILE

Image