MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN MAAHAD TAQADDUM MAARIF PASIR TUMBOH (PROJEK WANG EHSAN NEGERI KELANTAN

27 FEBRUARI 2018 bersamaan 11 Jamadilakhir 1439H (SELASA) – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Tambahan 3 Tingkat Di Maahad Taqaddum Maarif Pasir Tumboh (Projek Wang Ehsan Negeri Kelantan) Yang Dirasmikan Oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah serta Dr Haji Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi Timbalan Yang Dipertua MAIK. Hadir sama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mat dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.