MAJLIS PERSEMBAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN TABUNG HAJI (TH) BAGI TAHUN 2017 KEHADAPAN YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN

15 April 2018 (Ahad) - Satu program meraikan pihak Tabung Haji (TH) mempersembahkan Cek Zakat Perniagaan Bagi Tahun 2017 kehadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 15 April 2018 (Ahad) pada jam 3.00 petang bertempat di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM4,801,740.41 ini telah dipersembahkan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ketua Pegawai Eksekutif TH, Yang Berusaha Tuan Hj. Wahyudin bin Haji Tamami, Pengarah TH Negeri Kelantan, Yang Berusaha Tuan Hj Ashrof bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah TH Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.