faq   lokasi   aduan   peta  

 



SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT

PENGENALAN :
  • BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN (IPT)
    1. Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi memulakan pelajaran di IPT tempatan peringkat pengajian Asasi, Diploma dan Ijazah.
    2. Merupakan bantuan kepada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah yang pendapatan isi rumah tidak melebihi kadar had kifayah.
  • SUMBANGAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT FISABILILLAH
    1. Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi memulakan pelajaran di IPT tempatan peringkat pengajian Asasi, Diploma dan Ijazah.
    2. Merupakan bantuan kepada golongan asnaf fisabilillah yang berpendapatan Ketua Isi Rumah melebihi had kifayah hingga RM10,000.00.

 

KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan fisabilillah.

 

SYARAT-SYARAT:
  1. Beragama Islam
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah sebagaimana yang telah ditetapkan
  4. Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hukum syara’
  5. Pembelajaran adalah sepenuh masa.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, ibu bapa / penjaga dan tanggungan ibu bapa / penjaga pemohon.
    1. Bagi kes pemohon yang tiada kad pengenalan, sertakan salinan passport
    2. Bagi kes pemohon yang tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri, sertakan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan
  2. Salinan surat tawaran IPT
  3. Salinan akaun bank yang masih aktif
  4. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pasangan / ibubapa / penjaga (jika berkaitan)
  5. Salinan slip gaji / penyata pencen pasangan / ibubapa / penjaga sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan (disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan/ mukim) sekiranya tiada slip gaji.
  6. Surat pengesahan mastautin yang disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim sahaja jika tiada sebarang dokumen pengenalan diri (boleh dapatkan di Portal MAIK)
KADAR BANTUAN:
    1. Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
    2. Sumbangan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT- Fisabilillah
        1. 3 kadar di bawah bagi pendapatan ibu bapa melepasi had kifayah hingga RM 3,500

  1. Bagi pendapatan ibu bapa RM3,501 hingga RM10,000
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)
KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
  1. Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi Portal Rasmi MAIK 
  2. Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
  3. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem eAgihan MAIK
  4. Bantuan disalurkan kepada pelajar / pemohon
  5. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
  6. Permohonan bantuan ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT.
CARA BAYARAN:
Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT)

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini: 18
Kelmarin: 23
Minggu Ini: 18
Bulan Ini: 357
Jumlah Pengunjung: 11,363,161
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Hubungi Kami | Soalan Lazim | Data Terbuka

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2021- MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN.
PENAFIAN:
MAIK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 dan ke atas

  • Tarikh Kemaskini : Khamis 16 Mei 2024, 04:23:37.

WEB MOBILE

Image