MAJLIS SOLAT JUMAAT, PENGURNIAAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN JAMUAN RAKYAT SEMPENA KEBERANGKATAN YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN KE MASJID SULTAN YAHYA PETRA, JAJAHAN MACHANG

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Solat Jumaat, Pengurniaan Zakat Kepada Golongan Asnaf Dan Jamuan Rakyat Sempena Keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ke Masjid Sultan Yahya Petra, Jajahan Machang akan diadakan pada hari Jumaat, 07 Rabiulakhir 1438H bersamaan 06 Januari 2017M bertempat di Masjid Sultan Yahya Petra, Jajahan Machang mulai jam 12.30 tengahari.